Wednesday 24 August 2016

Kisah Chicken Chop Daging

Sekitar jam 9.00 malam disatu hari.Dikunjungi seorang pemuda dalam lingkungan usia awal 20-an.
“ Bang..bang..Chicken chop daging ade tak?saya nak bungkus”
“Chicken chop daging??” saya termangu seketika sambil menggaru kepala yang tak gatal.
“Saya tak nak chicken chop ayam.. nak yang daging “ dia mengulang ayat dalam keadaan tergesa-gesa.Dalam kepala saya fikir chicken tu ayam la.Kenapa dia tak nak ayam pulak.mane ade chicken chop daging.Saya masih diam dalam beberapa ketika sambil meneliti menu dengan muka sedikit berkerut.
“Chicken Chop Daging…”berpusing-pusing dalam fikiran.Saya masih belum dapat menangkap maksudnya.
“Adakan..chicken chop daging?”dia cuba dapatkan kepastian.beberapa detik terlintas difikiran
“Encik maksudkan lamb chop ke?” saya cuba menelah.
“haa..ye la tu..lamb chop.Bungkus eii..”dia tersenyum.

“ooo..lamb chop. Ok2.”Encik duduk dulu saya masukkan order sekarang.
"Saya baru tau kedai chicken chop ada kat sini.smalam tengok dalam fesbuk, tu arini terus datang nak rasa." dia berceloteh panjang menceriakan suasana.
.Lebih kurang 10 minit ordernya siap.Selepas membayar dia mengucapkan terima kasih sambil tersengih dan berlalu bersama 'chicken chop daging' yang dipesan. 
"Chicken chop daging eeii.." saya senyum sendiri.

No comments:

Post a Comment